Selawat.

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى* *سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى* *آل سيدنا مُحَمّد*

Firman *Allah SAW*

*اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰٓٮِٕكَتَهٗ يُصَلُّوۡنَ عَلَى النَّبِىِّ ؕ يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا صَلُّوۡا عَلَيۡهِ وَسَلِّمُوۡا تَسۡلِيۡمًا*

*Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.*

Surah *Al-Ahzab ayat* *56*

*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا* *رَ بَّ العَـــالَمِيْن.*
*جَزَاْكَ اللهُ خَيْراً* *كَثِيْرا*

Sombong.

*Tazkirah*

*TANDA-TANDA SOMBONG*

*Dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.*

—————————————————————

*Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :*

*1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.*

*2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.*

*3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.*

*4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.*

*5. Memandang hina kepada golongan bawahan.*

*6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.*

*7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti.*
*Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.*

*8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap*
*Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain*

*9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.*

*10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.*

*11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.*

*12. Dia suka dihormati.*

*13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.*

*14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.*

*15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.*

*16. Kurang menghormati pemberian orang.*

*17. Suka mencerita kelebihan diri.*

*18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.*

*19. Kurang menikmati nikmat اللهﷻ.*
*Kalau ada, dibazirkan.*

*20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.*

*21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.*

*22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.*

*23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.*

*24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.*

*25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.*

*26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya.*
*Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.*

—————————————————————

*SOMBONG itu ada 3 jenis ???*

*1. Sombong terhadap اللهﷻ :*
*iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh اللهﷻ seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.*

*2. Sombong terhadap Rasul :*
*tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.*

*3. Sombong terhadap Makhluk :*
*iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.*

*Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa, ia boleh menghalanginya dari Syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis.*

*Sabda Rasulullah ﷺ,*


*”Tak akan masuk Syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.”*
*(HR Muslim-Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)*

*Nabi ﷺ memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk Syurga kata Nabi ﷺ.*


*•Hari-hari kita semua kena kaji diri sendiri, bukan kaji orang lain.*